Home » » Agenda #Ramadhan...

Agenda #Ramadhan...

Menjelang bulan Ramadhan....
JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN
3.00 pagi Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi
ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah
aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan
hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai
pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
3.20 pagi Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat
kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah
Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun
kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas
Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat
kita.

Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2
rakaat
kerana ALLAH
Tagt;
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada
ALLAH
agar
semua aktiviti kita diberkatiNYA.
Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau
di
hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan
bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH
sentiasa memerhati
kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala
kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat
kalau
istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH
Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca
Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan
perkara
yg
sia-sia.
Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan
orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan
muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor
berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur
setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih
kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan
wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat
besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur Tanpa
berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih
ada
dlm diri kita !!!
6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda &
fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan
bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain
menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan.
Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60
kali sebulan Ramadhan)
11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Berniatlah utk
puasa esok hari dgn berniat :
Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg
wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!) Tidur awal
agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur Dengan namaMU
Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara,
kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
 Follow us: @budikamila on Twitter | budi kamila on Facebook
Artikel tentang Agenda #Ramadhan... Sumber url http://jendelaartikel.blogspot.com/2013/06/agenda-ramadhan.html Link Sumber Agenda #Ramadhan...

0 comments :

Post a Comment

loading...